
Lingzhi ini adalah salah satu sumber yang terdapat dalam Original The One. Kalau pembaca nak tahu Lingzhi ni dari keluarga fungi, maknanya dia bukan dari kategori haiwan mahupun tumbuhan. Fungi mendapat nutrisi dari benda-benda reput seperti dahan pokok yang reput, pokok yang hidup dan juga haiwan yang mereput. Fungi tidak berfotosintesis kerana kekurangan pigmen klorofil.
Lingzhi, dalam bahasa cina bermaksud "herba dengan potensi spiritual", juga digelar "cendawan untuk umur panjang", kerana kebaikan dari sudut kesihatan dan tiada kesan sampingan. Lingzhi sememangnya terkenal di Asia Timur dan Tenggara sebagai makanan kesihatan.
Lingzhi mempunyai ciri-ciri anti tumor, meningkatkan kadar imunisasi, berdasarkan beberapa kajian pada polisakarida, terpenes dan kandungan bioaktif yang lain yang terdapat pada Lingzhi. Ia juga antialergenik, antihipertensif kerana kehadiran triterpenes. Lingzhi juga antiinflammatori, antiviral, antiparasitik, antifungal, antibiotik dan antihipertensif.
Kerana ciri-ciri Lingzhi tadi, ia boleh menstabilkan tekanan darah, antioksidan, analgesik, tonik untuk buah pinggang. Ia telah digunakan untuk mengubati bronkitis, dan rawatan kardiovaskular. Ia telah ditemui secara klinikal mampu untuk mengurangkan kesan sampingan seperti rambut / bulu gugur, nausea, muntah-muntah, sakit tekak, kurang selera makan, stomatitis dan insomnia.