
Mungkin ada antara pembaca pernah tengok iklan di TV tentang air gelombang. Itulah ECPI water! Tapi tak ramai yang tahu apa maksudnya air gelombang tu dan apa faedahnya buat orang yang meminumnya. Sebenarnya air ecpi atau gelombang ni adalah air yang telah mengalami 8 kali proses iaitu reverse osmosis, ozon, alkali, oksigen, ioniz, ultraviolet, electro clustered, dan electronic coding. Dalam pos yang akan datang J akan terangkan apakah yang dimaksudkan dengan proses-proses itu.
Dalam perubatan electronik, setiap herba , vitamin mempunyai kod-kod yang tersendiri. Jadi didalam proses electronic coding, dalam bahasa mudah, kod-kod tersebut dipancarkan kepada air melalui gelombang.Disebabkan itu ia dinamakan Air Gelombang. Untuk penerangan yang lebih terperinci anda boleh muat turun info ini melalui link ini.
Air gelombang ini dikeluarkan oleh syarikat Gesundheit.
Meminum air ECPI ni secara jujurnya akan rasa pening bagi orang yang baru pertama kali minum. Ini menunjukkan air tersebut sedang "menjalankan tugasnya", jadi janganlah risau. Ini adalah antara faedah yang kita akan dapat apabila mengambil air ECPI ni..
-Mengenyah toksin agar tubuh anda lebih sihat
-Mudah meresap ke dalam sel untuk tindak balas positif yang cepat
-Kulit lebih licin
-Badan terasa lebih ringan dan bertenaga
-Mengimbangi elektrolit badan
-Membekal oksigen secukupnya kepada sel agar anda berasa segar
-Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi -Membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
Hari pertama J minum, memang rasa pening-pening lalat. tangan dan kaki ada rasa sedikit lemah, tapi taklah menjejaskan aktiviti harian. Kebetulan masa tu J demam, jadi disyorkan mengambil 5 kali sehari setiap selang 15 ke 30 minit. J cuba dan alhamdulillah, keesokan harinya demam bertambah reda. Tapi perubahan yang nampak adalah pada fizikal. Bila rakan serumah komen kulit muka nampak lebih licin dan nampak tegang. Sebelum ni muka J ada banyak jeraawat kecil, sampai kawan serumah cakap macam kulit katak. Sekarang nampaknya jerawat pun semakin mengecut. Masuk hari ke 4 jerawat pun dah tak kelihatan hanya sedikit sahaja. Dan member-member J yang dah lihat sendiri kerberkesanan ubat ini semuanya teringin untuk mencubanya juga.
Buat pengetahuan pembaca J mengambil Air Gelombang ECPI ini bersama-sama dengan Original The One, keluaran syarikat yang sama juga. Di dalam pos lain J akan terangkan tentang Original The One pula.